Saturday 27 September 2014

SCRUB DARI KULIT LIMAU

Assalamualaikum wbt..

kulit limau

Cara-cara untuk membuat scrub dari kulit limau :

  1. kulit limau atau lemon dijemur hingga kering
  2. blend sampai hancur simpan dalam botol
  3. bila nak gunakan campur dengan oat ,susu dan madu
  4. gosokkan ke seluruh badan
maklumat ini diambil dari sini.

Sunday 21 September 2014

KHASIAT DAUN PANDAN

KREDIT : SUMBER 



Khasiat Daun Pandan

1. Menurunkan darah tinggi

Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas
sahaja. Minum airnya.


2. Matikan kuman dalam darah

Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.


3. Melembutkan Daging

Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.

Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.


4. Melicinkan kulit

Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.


5. Mengecutkan rahim

Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari

Monday 8 September 2014

KHASIAT BUNGA TELANG


KREDIT : LAMAN-SERI



Khasiat perubatan bagi wanita

Bunga kacang telang mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita, maka nama latin dari genus ‘Clitoria’ , diambil dari perkataan ‘clitoris’ . Dalam beberapa bahasa (Tamil, Malayalam) bunga kacang telang dinamakan ‘kerang’ yang juga mempunyai bentuk organ seksual wanita. Oleh kerana memmpunyai kesamaan bahagian tubuh manusia, tanaman ini dikatakan mempunyai pengaruhi kepada sistem pembiakan manusia. Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit seksual, seperti ketidaksuburan, gonore, mengendalikan kitaran menstruasi (haid), dan juga sebagai afrodisiak. Amalan ini dicatatkam dalam sebuah kepercayaan kuno dicatat dalam Doktrin Signatures.


Terdapat juga kepercayaan yang mengatakan bahawa untuk mengelakkan keguguran, batang kacang telang ini dililitkan pada pinggang perempuan hamil. Sama ada berkesan atau tidak, cara ini tidak dapat dibuktikan.


Menyuburkan rambut

Sejak turun temurun, kacang telang telah dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit rambut.


Mengurangkan sakit kepala

Daun dan bunga kacang telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga tersebut. Kemudian masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur oleh pesakit.


Dikatakan juga bunga kacang telang boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut. Air rendaman bunga ini juga dikatakan mampu merawat insomnia. Dalam perubatan tradisional pula, tumbuhan ini banyak digunakan untuk merawat sakit telinga, kelenjar membengkak, kolik, sembelit, sakit tekak dan penyakit kulit.


Merangsang memori dan kebijaksanaan

Di India, kacang telang dikenali dengan nama Shankupushpam telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan.


Pewarna makanan dan fabrik

Selain digunakan sebagai pewarna makanan, bahan pewarna yang terhasil daripada rendaman bunga kacang telang juga telah digunakan sebagai pewarna pakaian ataupun nila. Caranya adalah dengan menambahkan warna biru ini kepada air bilasan terakhir pakaian terutamanya pakaian berwarna putih. Tujuannya adalah untuk mencerahkan fabrik tersebut.


Thursday 4 July 2013

"bentan"



"Bentan adalah dimana keadaan ibu berpantang yang tiba-tiba tidak sihat sehingga mengganggu keselesaan dan mengakibatkan kesakitan yang tidak dapat di ketahui puncanya secara tiba-tiba.

Ini selalu terjadi di awal tempoh berpantang kerana dipercayai ketika tempoh ini, keadaan dalaman ibu yang masih lemah. Tetapi ada juga kes bentan yang terjadi di tempoh penghujung berpantang dan kadang-kadang selepas tempoh berpantang. Ada juga kesannya sehingga bertahun-tahun.


JENIS BENTAN, SIMPTOM, PUNCA DAN CARA RAWATAN.

1. Bentan Urat

Badan ibu tiba-tiba lemah, demam serta bisa-bisa urat dan setiap sendi badan lutut menggigil kesejukan meskipun tengahari, seluruh otot badan tegang dan kekejangan.
Biasanya berlaku apabila ibu terlalu aktif atau melakukan aktiviti fizikal yang melampau.

2. Bentan Urat Peranakan/Urat Rahim (ari-ari)

Kesakitan di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga tumpah darah. Kadang-kadang kesakitan ini menyebabkan lutut bertemu dagu sehingga susah unttuk meluruskan badan si ibu.
Selalunya terjadi jika ibu mengangkat benda-benda berat.
Ibu digalakkan baring di atas lantai tanpa alas bantal dan alas punggung dengan 2 biji bantal, atau ibu boleh sandarkan kaki pada dinding untuk kurangkan pengaliran keluar darah.

3. Bentan Urat Besar (Pinggang)

Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui behagian pinggul yang dikenali sebagai urat sum. Ibu yang mengalami bentan urat besar ini akan merasa lenguh dan sakit di atas bahagian tongkeng (belakang).
Selalunya terjadi kepada ibu bersalin secara pembedahan. kadang-kadang kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sampai ibu jalan terjingkit-jingkit.

Oleh sebab itu, wanita berpantang digalakkan supaya banyak berehat, jangan terkena hujan,mahupun tempiasnya sekalipun, jangan mandi lama-lama, elakkan mandikan bayi sendiri dan jangan mengangkat benda berat. Sakit bentan ini tidak tertanding dan sakitnya boleh membuatkan ibu berpantang merana."

Thursday 27 June 2013

Tips supaya ikan haruan tidak hanyir

gambar google

Tips ni saya dapat dari bacaan dalam forum semasa mengoogle..lupa dah kat mana.caranya ialah rendam ikan haruan dan garam kasar 10 minit kemudian basuh bersih2.Ikan haruan baik untuk menyembuhkan luka2 pada ibu yang bersalin mahu pun luka operation.

Wednesday 26 June 2013

Tips Untuk Suami Ketika Isteri Sedang Berpantang


Tips Untuk Suami Ketika Isteri Sedang Berpantang

1. Para suami, bangunlah lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama tempoh berpantang. Sediakanlah air mandian untuk isteri anda. Rebuskan daun-daun kayu untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air rebusan daun ini untuk kembalikan kesegaran badan. Kalau susah nak jumpa daun-daun ubat untuk mandian, cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk mandian isteri (bagi yang tak mempunyai water heater).

2. Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Sebaiknya lepas solat Subuh, sediakanlah sarapan untuk isteri anda…Kalau boleh, tidak perlu sambung tidur semula…Kalau tak dapat sediakan sarapan yang agak berat, memadai segelas milo dan roti bakar..Pasti isteri anda rasa amat dihargai.

3. Cubalah belajar untuk mandikan baby anda walaupun baby anda masih lembut badannya.. Kalaulah anda tiada kemahiran mandikan baby ataupun tak berbakat langsung, sekurang-kurangnya bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia. Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah.

4. Jika kelahiran ini bukan kelahiran yang pertama (maksudnya sudah ada 1-2 anak sebelumnya), pastikan segala urusan anak-anak itu diuruskan. Janganlah diharapkan isteri yang baru melahirkan itu untuk menjaga anak-anak yang lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yang dimaksudkan merangkumi makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak.

5. Sediakan keperluan-keperluan yang sering dianggap remeh, berhampiran isteri seperti sebotol air minuman berserta gelas, tuala, bakul baju kotor, majalah dan buku kegemaran (untuk mengelakkan boring).

6. Sentiasa berada di sisi isteri untuk menghulurkan bantuan apa-apa yang perlu. Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil untuk minta bantuan sedangkan si suami tertidur di depan televisyen selepas menonton astro.

7. Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas. Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian-pakaian itu. Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, menjemur dan mengangkat pakaian boleh dilakukan oleh anda. Setakat melipat tu, tak apalah dilakukan oleh isteri sebab ia termasuk dalam kategori kerja ringan.

8. Sungguhpun anda letih, janganlah ditunjukkan depan isteri. Isteri perlukan semangat untuk pulih dari kesan-kesan melahirkan. Jika suami tiada semangat, sentiasa lesu dan lemah, isteri akan rasa sedih dan mungkin menggalakkan terjadinya kemurungan atau post-partum depression.

9. Ikhlaskan diri menjaga isteri anda kerana dia adalah amanah. Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun menjaga makan minum, pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang. Inilah masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya.