Thursday 27 June 2013

Tips supaya ikan haruan tidak hanyir

gambar google

Tips ni saya dapat dari bacaan dalam forum semasa mengoogle..lupa dah kat mana.caranya ialah rendam ikan haruan dan garam kasar 10 minit kemudian basuh bersih2.Ikan haruan baik untuk menyembuhkan luka2 pada ibu yang bersalin mahu pun luka operation.

Wednesday 26 June 2013

Tips Untuk Suami Ketika Isteri Sedang Berpantang


Tips Untuk Suami Ketika Isteri Sedang Berpantang

1. Para suami, bangunlah lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama tempoh berpantang. Sediakanlah air mandian untuk isteri anda. Rebuskan daun-daun kayu untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air rebusan daun ini untuk kembalikan kesegaran badan. Kalau susah nak jumpa daun-daun ubat untuk mandian, cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk mandian isteri (bagi yang tak mempunyai water heater).

2. Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Sebaiknya lepas solat Subuh, sediakanlah sarapan untuk isteri anda…Kalau boleh, tidak perlu sambung tidur semula…Kalau tak dapat sediakan sarapan yang agak berat, memadai segelas milo dan roti bakar..Pasti isteri anda rasa amat dihargai.

3. Cubalah belajar untuk mandikan baby anda walaupun baby anda masih lembut badannya.. Kalaulah anda tiada kemahiran mandikan baby ataupun tak berbakat langsung, sekurang-kurangnya bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia. Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah.

4. Jika kelahiran ini bukan kelahiran yang pertama (maksudnya sudah ada 1-2 anak sebelumnya), pastikan segala urusan anak-anak itu diuruskan. Janganlah diharapkan isteri yang baru melahirkan itu untuk menjaga anak-anak yang lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yang dimaksudkan merangkumi makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak.

5. Sediakan keperluan-keperluan yang sering dianggap remeh, berhampiran isteri seperti sebotol air minuman berserta gelas, tuala, bakul baju kotor, majalah dan buku kegemaran (untuk mengelakkan boring).

6. Sentiasa berada di sisi isteri untuk menghulurkan bantuan apa-apa yang perlu. Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil untuk minta bantuan sedangkan si suami tertidur di depan televisyen selepas menonton astro.

7. Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas. Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian-pakaian itu. Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, menjemur dan mengangkat pakaian boleh dilakukan oleh anda. Setakat melipat tu, tak apalah dilakukan oleh isteri sebab ia termasuk dalam kategori kerja ringan.

8. Sungguhpun anda letih, janganlah ditunjukkan depan isteri. Isteri perlukan semangat untuk pulih dari kesan-kesan melahirkan. Jika suami tiada semangat, sentiasa lesu dan lemah, isteri akan rasa sedih dan mungkin menggalakkan terjadinya kemurungan atau post-partum depression.

9. Ikhlaskan diri menjaga isteri anda kerana dia adalah amanah. Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun menjaga makan minum, pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang. Inilah masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya.

Sunday 23 June 2013

minuman dalam pantang

Rebusan manjakani

air
halia muda dihiris
kunyit tua dihiris
5 biji buah mankajaki
3 keping asam keping
cara-cara :campur semua bahan ke dalam periuk,didih/renehkan.tapis dan minum setelah suam

Rebusan pegaga
air +pegaga,direbuskan sehingga mendididh.minum setelah suam 2 kali sehari

Rebusan halia
gula kabung
halia
serai dihiris nipis
daun pandan
kayu manis
secubit cengkih
cara-cara : rebus semua bahan .minum setelah suam

Jus halia kurma
halia ditumbuk
kurma dibuang biji
cara-cara: renehkan kurma dan halia,tapis dan minum setelah suam.

Rebusan manjakani
manjakani
kunyit
asam keping
air
cara-cara: didihkan semua bahan dan minum ketika suam


sumber :http://mommyachel.blogspot.com/2012/08/minuman-dalam-pantang.html

Sambal dalam pantang

sambal ikan bilis berkunyit :sumber :http://vitaminohvitamin.blogspot.com

Bahan-bahannya:
*100 gm ikan bilis
*3 sm kunyit tua dikisar halus
*3 sm lempoyang dikisar halus
*2 sudu kecil lada hitam
*2 sudu minyak untuk menumis


Cara menyediakannya:
1. Goreng ikan bilis tanpa minyak.
2.Tumbuk kasar ikan bilis goreng bersama lada hitam.
3. Dengan kuali bersih, tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.
4. Masukkan ikan bilis dan lada hitam yang ditumbuk tadi ke dalam kuali dan gaul rata.
5. Sedia dimakan bersama ulam-ulaman dan nasi panas.



 sambal lempoyang : sumber :http://rozita-ceritaita.blogspot.com
Bahan-bahan
4 ketul isi lempoyang yang dah dikikis kulitnya bersaiz dalam 2 inci
Segenggam ikan bilis
6 ulas cili padi (gantikan kalau lauk orang pantang dengan letak sedikit lada hitam)
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Secubit garam

Cara-cara
1. Tumbuk halus semua bahan dengan menggunakan lesung batu.
2. Sedia untuk dimakan...
Sambal ni sesuai dimakan dengan nasi putih panas...


sambal halia tumbuk ;sumber :http://yonsmenu.blogspot.com
caranya senang saja...
1 bahagian halia muda
1 bahagian ikan bilis putih ( goreng garing )
sedikit garam
Semuanya di tumbuk bersama hingga lumat dan terus di hidang bersama nasi panas-panas


sambal gesek lada hitam :sumber : http://resepisedap-nennie.blogspot.com
SAMBAL GESEK LADA HITAM

BAHAN-BAHAN:
1 sudu besar lada hitam
1 genggam ikan bilis
Cuka secukup rasa
1 sudu kecil air panas

-Tumbuk lada hitam sampai lumat kemudian masukkan ikan bilis dan ditumbuk sampai hancur . Masukkan cuka secukup rasa saja dan air masak . Kacau semua bahan sampai sebati.

*Rendam ikan bilis dalam air panas supaya ikan bilis cepat lembut dan mudah ditumbuk hancur.


sambal bilis lada hitam : sumber ;http://rezwati.blogspot.com
Bahan2:

Ikan bilis (anggaran 1 cawan)
Bawang merah besar - hiris nipis2
Lada hitam 
Limau nipis (ambil jus)
Sedikit gula kalau suka
Caranya:

Mula2 tumbuk lada hitam sehingga lumat.
Kemudian masukkan ikan bilis & tumbuk lagi sehingga lumat (jgn terlampau lumat xsedap).
Masukkan dalam mangkuk kemudian perah limau nipis. Guna sebelah pun cukup (apapun bergantung selera kalau suka masam).
Akhir sekali masukkan bawang hiris & sedikit gula. Siap.

Tuesday 18 June 2013

air halia + kayu manis


hirisan halia direbus bersama kayu manis diminum setelah suam bersama sedikit madu.

khasiat halia:
Sering digunakan orang yang mengalami masalah angin dalam badan, melegakan rasa mual dan loya, melancarkan perjalanan darah, membantu proses penghadaman dan masalah kekejangan perut.

khasiat kayu manis :
Kulit kayu manis mengandungi banyak khasiat. Ramai mengambil untuk tujuan menurunkan kadar gula didalam darah. Baik untuk penghidap kencing manis(bagi mereka yang mengambil ubat, berhati2 ya, jangan rendah sangat kadar gula dalam darah, tak bagus jugak). Kayu manis juga melancarkan pengaliran darah, menurun kolesterol, mereda sakit2 otot dan juga boleh mengatasi bau mulut. Air rebusan halia dan kayu manis baik untuk orang lenguh2 badan berpunca dari kesejukan juga baik untuk wanita yang mengalami senggugut.


antara lain cara untik menikmati halia seperti yang diamalkan oleh blogger sumber tersebut ialah :
hiris nipis halia muda, bawang besar dan sedikit cili merah dan masukkan sedikit garam, madu dan cuka epal. Gaul rata dan biarkan selama 30minit dan makan dengan nasi dan ikan bakar atau ikan goreng

Sunday 16 June 2013

bubur bayi 6 bulan ke atas



bubur pegaga carot

Bahan-bahan ( 1 orang )
1/4 cawan beras
1 ketul dada ayam (ambil isinya)
2 cm lobak merah (potong kecil) & 2 cm celery
5 helai daun pegaga
secubit garam & secubit gula

Cara-cara
Basuh beras seperti biasa.

Bersihkan ayam, lobak merah & pegaga.

Masukkan ke dalam periuk semua bahan2 tersebut, tambahkan secubit garam & secubit gula. Isikan dengan air & jerang di atas dapur.

Kacau sekali- sekala. Apabila beras telah mengembang dan air telah sedikit kering, tutupkan api.

Biarkan agak sejuk seketika. Blender bubur tadi mengikut citarasa masing2. Jika hendak membuat bubur cair, tambahkan sedikit air. Jika perlukan bubur yang pekat tidak perlu ditambah air.


bubur ikan rebus

Bahan-bahan ( 1 orang )
1 cawan nasi
1 ekor ikan rebus goreng (ambil isi)
1 cawan sayur bening
*sayur bening (Masakkan semua bahan dibawah sehingga air mendidih)
1 biji bawang merah & 1 biji bawang putih (di mayang)
3 pokok baby kailan; 2 cm lobak merah; & 2 cm celery
1/2 sdt garam & 1/2 sdt gula
3 cawan air

Cara-cara
Masukkan nasi, isi ikan, dan sayur bening ke dalam pengisar. Kisarkan mengikut citarasa masing2.

Sedia untuk disuapkan kepada bayi.


bubur kurma

Bahan-bahan ( seorang )
1/4 cawan beras
1 helai daun pandan
secubit garam (optional)
3 cawan air
4 biji kurma (dibuang biji)

Cara-cara
Masak beras bersama daun pandan, garam dan air tersebut.

Setelah nasi telah kembang, tutup api dan biar sejuk.

Kisar nasi bersama kurma yang telah dibuang biji tadi.

Siap... Selamat menjamu bayi!!


makanan yang boleh dan tidak boleh dalam pantang

sumber pertaman : http://qemaishak.blogspot.com



sumber ke-2 : http://hidayahmk.blogspot.com/2011/03/makanan-dilarang-semasa-pantang.html